Sunday, May 15, 2011

Cuti Sem. Yang Panjang

Tahun ini bermulalah episod baru dalam sistem pendidikan tinggi negara apabila hampir semua IPTA di negara ini akan memulakan sesi baru 2011/2012 pada awal bulan September seperti kebanyakan IPT di negara barat. Ini bermakna bagi IPTA berkenaan ada lebih kurang empat bulan institusi berkenaan akan lengang sunyi sepi tanpa hiruk pikuk pelajar, syarahan pensyarah, aktiviti koko pelajar dan keriuhan kafe' dan kiosk di kampus. Tempoh ini juga bermakna panjanglah masa percutian pelajar-pelajar 'lama' IPT berkenaan untuk menghabiskan masa mereka di kampung atau rumah masing-masing. Tentu ada yang bekerja sambilan, menolong orang tua di kampung halaman serta tak kurang pula yang akan lepak-lepak, menghabiskan beras, dating-dating dan mengorat anak dara orang dan tidur sahaja. Apapun kepada anda-anda yang berkenaan semoga cuti semester yang panjang ini dapat dimanafaat sebaiknya. Tepuk dada tanya selera. Adalah lebih baik anda memenuh poket anda sendiri sebelum kembali ke kampus nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...