Bulan ini bulan Ogos 2018. Banyak perkara telah berlaku sejak akhir-akhir ini. Ada suka duka gembira sedih sakit marah takut geram seram dan macam-macam lagi. Rencah-rencah dan rempah kehidupan ini semakin banyak seiring waktu lantas mencipta suatu menu pengalaman yang tersendiri. Setiap detik yang berlalu meninggalkan seribu kisah dan peristiwa yang akan akan menjadi sejarah dan pengalaman yang mungkin bermakna atau tidak bermakna. Atau sekurang-kurangnya boleh dijadikan teladan dan sempadan bagi menghadapi masa depan yang tidak pasti. Moga Allah berikan petunjuk dan pertolongan untuk menghadapi cabaran hidup di pentas dunia ini.
OYANGPAYA CORNER
"HiDuP DaLaM DuNiA NyAtA"
Tuesday, August 14, 2018
Saturday, April 28, 2018
Friday, February 24, 2017
Wednesday, August 10, 2016
Durian perak
Durian kampung kalau dibanding dgn durian komersial memang jauh lah bezanya. Kalau bernasib baik dapat yg betul2 sedap dan betkualiti. Tapi kebanyakannya hanya bau je sama. Tapi its oklah drp x rasa durian kampung juga. Sedap x sedap lain cite. Yg penting the way we got that durian..penuhbdgn oengembaraan..hahoha..
Thursday, August 4, 2016
Musim Memburu Durian
Bila musim durian je, aku mulalah terjenguk-jenguk mana-mana lubuk durian yang boleh aku pergi kenduri durian sampai lebam. Sebelum aku pergi aku belasah je dulu mana-mana durian sekitar taman perumahan aku..tapi korang tau-taulah,...mesti tak pus punya..So hujung minggu ni akau akan pergi kenduri duatrian tempat lubuk durian yang agak popular kat Malaysia ni mana lagi kalu bukan kat area Bukit Gantang perak atau sekitar Taiping. Hah..tunggujelah gambar gua kenduri dengan durian tu.
Tuesday, May 10, 2016
Sunday, May 8, 2016
SELAMAT HARI IBU 2016
Tiada sutera selembut belaian kasih seorang ibu,
Tiada tempat sedamai dakapan seorang ibu,
Tiada bunga seindah senyumanmu,
Tiada jalan yang lebih ceria selain jalan yang diukir dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.
Kaulah insan paling istimewa..
Ketika kau sakit kau kata sihat
ketika kau berduka kau kata gembira..
ketika kau lapar..kau kaa dah kenyang..
Dan ketika nyawanu dihujung nafas,,kau kata esok masih ada..
Wahai ibu..walau jasadmu tiada lagi di sisi
Walau wajahmu tak bisa lagi ditatapi
Walau senyummu tidak akan mengumtum lagi
Namun..wajahmu tetap mekar dihati..
Pesanan dan kata azimatmu akan terpahat disanubari..
Kenangan dan memori indah sepanjang usiamu membesarkan daku..
Akan tetap membuku dikalbu sampai ke hujung waktu.
Aku rindu padamu ibu....
Selamat Hari Ibu!
Subscribe to:
Posts (Atom)
