Wednesday, March 30, 2011

R&R Bkt Dukung Kajang

Walaupun kawasan ini tidak begitu jauh dari rumah tapi Lebuh raya KL-Kjg ini di mana terletaknya satu-satunya R&R Bkt Dukung menjadi persinggahan untuk bersarapan pagi bersama isteri. Kebetulan beliau mengiringi pasukan sekolahnya dalam perlawanan Bola keranjang antara sekolah Daerah Hulu Langat di sebuah Gelanggang Bola keranjang berhampiran so beliau call dan ajak menemani beliau barang sejam sebelum game seterusnya dimulakan. Memang jarang singgah ke sini, namun apabila sampai nampak beberapa perubahan berbanding dulu (>5 tahun dah). Hanya sedikit sahaja kedai beroperasi termasuk dua gerai makan, kedai surat khabar, insuran, dan pej.pos serta sebuah mesin ATM CIMB. Keadaan nampak tenang, selesa dan bersih. Beberapa orang sedang menjamu selera gerai makan sebelah hujung. Kami mengambil tempat dan mengorder roti canai serta teh ais saja. Cuaca tidaklah begitu panas dan tidak juga sejuk. Sementara menunggu pesanan siap, sempat mengambil dua biji pau berperasa ayam. Wah empuk juga rasa pau ni', lalu dimakan sehingga habis. Isteri hanya larat makan sebahagian sahaja apabila pesanan yang dipesan tadi sampai. Selesai minum dan membayar, kami beredar. Sempat juga terbaca satu sign board baru yang diletakkan di lot parkir. Sign board tersebut memaklumkan tentang Pasar Lewat Malam/Bkt Dukung Downtown Night Market yang diadakan di sepanjang kawasan Parkir itu dari Jam 4:00pm-3:am. Nampaknya ada satu lagi kawasan Pasar Larut Malam di Lembah Kelang. Setahu saya, terdapat juga Pasar Lewat sebegini dibuka di sekitar Reko Sentral Kajang dan di Serdang berhampiran The Mines Shooping Mall.

1 comment:

Anonymous said...

Roti canai kat situ sedap jugak. Kenyal dan lembut. Aummmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...