9 JANUARI 2012: Tarikh sejarah kecil yang memaparkan kisah anak sulungku melangkah kaki ke sekolah berasrama aliran teknik vokasional di sebuag bandar peranginan. Perasaan bercampurbaur antara keseronokan, keterujaan, takut, risau gembira dan sedih. Semuanya melanda sekali gus. Hari itu juga menjadi ititik mula anak sulung ku ini akan melangkah ke alam dewasa yang lebih mencabar. Dia akan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan dan leteran orangtuanya lagi. Dia akan belajar melayari bahtera kehidupan yang penuh ombak dan ribut dan ketidaktentuan. Hari ini juga kami sekeluarga akan merasai 'kehilangan' dan sunyi kerana kekurangan seorang ahli keluarga yang suka buat bising di rumah. Kebisingan yang dicetuskannya buat kami terasa sunyi dan sedih pula. Bermula dari hari pertama, kedua dan seterusnya, mulalah kami bertanya bilalah agaknya dia akan telefon ke rumah. Pantang sahaja telefon berdering masing-masing menjerit, hah! xxx telefon".
Terasa sedikit kebanggan di hati kerana dapat juga anak ini melangkah kaki ke sekolah berasrama dan dapat juga dia menjalani kehidupan tanpa kami dan adik-adiknya. Sekarang telah masuk minggu kedua, setelah melalui beberapa pengalaman baru mengantarnya ke asrama, menggelabah isi borang itu ini, beli barang keperluan sehingga hari pendaftarannya, hidup kami sekeluarga kembali normal sediakala. Hujung minggu ini, sekolah akan bercuti seminggu, bermakna berpeluanglah kami sekeluarga berkumpul semula bersama. Tentu riuhlah keadaannya nanti bila masing-masing ingin bercerita pengalaman sendiri terutamanya abang mereka.

No comments:
Post a Comment