Sunday, November 14, 2010

Queen Control-Api sekam rumah tangga

Anda adalah lelaki yang amat bernasib malang sekiranya ada bertemu jodoh dengan perempuan yang 'queen control'. Hidup anda tidak akan aman selagi anda hidup bersama perempuan jenis ini. Apa sahaja yang anda lakukan, anda perlu menyediakan seribu satu jawapan. Pelbagai perkara yang anda lakukan seperti pergi ke mana, berapa lama, benda anda miliki, cakap, tulis, tengok, belanja dan sebagainya adalah sesuatu yang perlu dilaporkan setiap detik apabila anda bersemuka dengan perempuan jenis ini.

Akhirnya anda akan menjadi rimas, menyampah, menyesal dan bosan. Lama-lama mungkin berdetik dalam fikiran anda untuk menamatkan semua kekangan daripada perempuan jenis ini dengan pelbagai cara. Jika anda masih sayangkan isteri anda itu (atau sebab anda lebih sayangkan anak2 anda) mungkin anda terpaksa tunduk dengan kemahuannya bagi mengekalkan hubungan. Tetapi sampai bila? Sampai jiran tetangga mengatakan yang anda adalah 'suami mithali', suami contoh? Tetapi jika anda sudah terlalu rimas, bosan dan muak dengan sikap sebegini anda mungkin terfikir untuk mengengkari  segala 'arahan' dan kemahuannya. Dan lebih buruk lagi mungkin akan berakhir dengan perpisahan sekiranya perempuan itu tidak dapat mengubah sikapnya terhadap anda. Ketahuilah wahai lelaki yang bernasib malang..bahawa perempuan begini sudah rosak akhlaknya terhadap anda, tidak lagi menghormati anda sebagai ketua rumah tangga dan apatah lagi taat dan setia kepada anda. Apa yang perempuan ini mahukan hanyalah kepuasan kerana berjaya menundukkan anda. Malah beliau tanpa segan silu berbangga bersama kawan-kawannya bahawa anda seorang yang takut bini dan akan tunduk segala kemahuan dan arahan tanpa bantahan. Di manakah maruah anda wahai lelaki? Janganlah anda jadi dayus, janganlah anda takut kerana sesunguhnya andalah yang perlu ditakuti selain Tuhan. SAY NO TO QUEEN CONTROL WIFE. Ia memudaratkan rumah tangga anda bagaikan api dalam sekam.

Jadi kepada perempuan queen control, ingatlah bahawa anda sedang melangkah dan semakin hampir ke pintu neraka. Anda sepatutnya tunduk dan taat kepada suami anda tetapi apa yang anda lakukan. Anda telah mengkhianati suami anda sendiri. Katakan ahli kelauarga anda sendiri seperti adik, abang atau anak anda sendiri menerima nasib beristerikan seorang perempuan yang queen control begini, adakah anda rela dan senang hati menyaksikannya. Jadi sebelum terlambat, bersikaplah seperti isteri kepada suami anda bukannya sebagai pengarah dan diktator dalam rumah tangga anda.

2 comments:

Anonymous said...

Menyampah dengan perempuan queen control.

Anonymous said...

The wife like these should be shoot with senapang gajah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...